Selasa, 28 Mei 2013

ساءينده ماور بردوري




Islam menggariskan cinta paling ialah cinta Allah dan RasulNya,kemudian jihad di jalanNya.Cinta pertengahan ialah cinta dan kasihkan ibu bapa,anak-anak,saudara-mara,suami,isteri dan juga kaum kerabat.Manakala cinta paling rendah nilainya ialah TERLALU mencintai dan mengasihi kaum kerabat dan harta benda melebihi kasihkan Allah,RasulNya dan jihad pada jalan Allah.Cinta yang menurut syahwat merupakan cinta HINA.Tak malu ke seseorang yang mengaku cintanya kerana Allah sedangkan jalannya tidak sebagaimana ajaran Rasulullah SAW??Penuh kelalaian daripada mengingati Allah!
-[Seindah Mawar Berduri by Ustazah Fatimah Syarha]

Wanitalah yang menjadi pelemah keimanan lelaki.Kerana wanita,ramai lelaki menjadi lalai dan tergelincir daripada prinsip perjuangannya sendiri.

Saya tak nak jadi wanita akhir zaman yang menjadi fitnah buat lelaki.Dengan menutup pintu perkenalan antara saya dan mana-mana lelaki insyaallah terlaksanalah amanah saya kepada Allah SWT untuk menjadi wanita akhir zaman yang TIDAK menyumbang kepada kelalaian lelaki.CINTA ALLAH,RASUL DAN JIHAD PERLU MELEBIHI CINTA KEPADA MANUSIA DAN DUNIA.

Moga-moga berkat pemeliharaan diri dan hati,Allah anugerahkan pula seorang lelaki yang turut dicintaiNya,lelaki yang mampu membimbing saya yang lemah ini ke jalan lebih Allah redhai.
-[Seindah Mawar Berduri by Ustazah Fatimah Syarha]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan