Rabu, 16 September 2015

kisah Seorang (sahabat)





dengan lafaz bismillah aku mulakan,
saat kita telah sekian lama tidak bersapa, 
" Kadang2 diri aku ini tertanya-tanya ke mana hilangnya kamu, 
yang dulu kita selalu chat, gelak tawa bersama.. tapi itu dulu..
realitinya bukan sekarang."


sebab apa saya sekarang tak tegur anda??
kerana saya bukan orang yang awak sepenuhnya mengenali saya sebagaimana 
ibu, ayah, abang, sahabat baik dan keluarga yang rapat mengenali saya.....
awak kata, awak telah mengenali saya sepenuhnya?
tapi awak tak bagi saya mencuba mengenali awak sohabat..
bagi awak sahabat saya hanya kenal awak di mata pandangan mata fizikal saya saja..
apa yang saya pernah katakan pada awak sebelum ini itu memang dah lama saya nak katakan,
TAPI!!!
tapi selepas apa yang saya pernah saya berkata  pada awak tu sahabat, saya tak anggap pun awak jahat, tapi awak sendiri yang nak sangat mengatakan saya memberi pendapat yang awak tu jahat..

bagi saya awak tak jahat, sebab semua manusia yang diciptakan oleh Allah di dunia ini ada tujuan untuk kita mengejar kebaikan dan ingin mencapai sesuatu kejayaan berjaya di dunia wa akhirah..
saya rasa beruntung kerana mengenali awak, sebab awak pendengar setia di saat saya ingin bercerita dan tak banyak karenah..
          
Cuma satu je, adakalanya  saya terkilan pada petang itu saya terkilan bila awak berkata begitu.. saya masih boleh terima bila awak menganggap apa yg saya pernah kata itu sebagai kesimpulan saya berkata awak "JAHAT" tapi....
bila saya sedangmencuba untuk bercakap dengan awak, memujuk untuk mengajak dengan cara yang lembut saya cuba... awak pula pura2 tidur, saya cuba lagi...

dan saat itulah saya penat kadang2, saya kadang2 pelik dengan karenah awak, dan saat itu saya terkilan bila awak dah pura2 tidur.. saya lalu bangun dan buat hal sendiri sehingga sekarang ni kita tak bertegur sapa kan :3



kadang2 saya cuba untuk berjumpa dengan awak untuk tegur dan meminta maaf, tapi awak macam mengelak dari sya.. jadi saya pun terima.. saya nak cuba jumpa awak tapi tak boleh sebab saya jadi kaku kerana kita dah lama tak bertegur, saya jadi patung je kat situ.. kadang2 saya nampak awak dgn sahabat awak saya gembira kerana awak gembira.. saya mendoakan awak sahabat semoga berjumpa sahabat yang lebih baik dari saya..

lagi beberapa hari lagi hari lahir awal sahabat, tapi saya jadi kaku bila nak jumpa sebab saya nak tunaikan janji saya pada awak.. andai awak tak ingattakpe.. yg pentung saya ingin tunaikan janji saya itu.. sya ingat kata2 saya pada awak.. tapi andai ditakdirkan memang kita dah x bertegur suatu hariu nanti akan sayatunaikan janji saya pada awak :)



sebulan je lagi.. puncak terakhir itu semakin menghampiri saya doakan mu sahabat semoga berjaya Dunya Wa Akhirah :D Uhibbukafillah sohabat ^_^




salam rindu dari saya;
seseorang yang awak pernah bahagiakan dulu.


Futur itu hinggap tepat kedalam jasad ini , 

aku juga manusia biasa yang punya rasa dan 

singkat waktu yang Tuhan pinjamkan selalu aku peluk erat 

walau makin lama bumbung bahagia itu kian rapuh tapi apakah daya ,

itulah sifat dunia yang memaku telaga sehingga air 

siksa keras mencurah. 

Dan mimpi itu dicurah air siksa tadi menyusup terus 

dan membuah satu kota angan-angan. .

kota angan-angan itu kerap berlegar di dalam jiwa kosong aku.

Inilah jalan Tuhan sang peniup kehidupan. . (by Sheikhfrost)




-SNHawaIs-

Rabu, 19 Ogos 2015

Terima dirimu seadanya ;)











aku terima dirimu seadanya, 
walaupun jika ada kekurangan di dalama dirimu,
kerana diri manusia ini tidaklah sesempurna mana di mata kita,
tetapi sempurna di mata Allah,
kerana Allah melihat kita bukan dari segi pakaian ataupun sesoleh @ sesolehah manapun.
kerana Allah melihat setiap hambaNya dari segi amal dan kebaikan yang dilakukan.


Sebuah pertemuan lagi pada hari ini, hari ini kami berbicara lagi,
si dia, yang menanyakan soalan itu pada diri ini, apabila diri ini menjawab pada si dia itu hanya luahan yang terpendam selama ini ingin ku bicara padamu, kerana diri ini sudah lama ingin berbincang tentang perkara itu,
diri ini adakalanya tunggu suatu penanti pada si dia yang ingi9n mulakan dulu pertanyaan itu,
terima kasih kerana tanya soalan itu,

tentang soalan itu, sebenarnya apa yang diri ini katakan padamu tadi hanya ingin mengetahui dirimu lebih mendalam, kerana diri ini sukar untuk memahami dirimu,
memang diri ini tidak mengenal dirimu sepenuhnya,
tetapi diriku ini ingin mengenali sepenuhnya,
diri ini rasa bersyukur dipertemukan denganmu,
sebenarnya anda sangat baik, dan diriku ini selesa berkawan dengan mu,
kerana andalah orang pertama yang paling rapat dan memahami diri ini sepenuhnya,

apa yang ku katakan petang tadi itu memang jujur apa yang diriku ini cakap padamu, 
tetapi diri ku ini tidak layak menilai dirimu, kerana yang lebih layak menilai dirimu ini ialah 
ALLAH YANG MAHA ESA 
kerana dialah pencipta Sekalian alam,

diri ini hanya nampak dari pandangan fizikal di hadapan mata saja,
diri ini tidak mengetahui diri engkau yang sebenar sebaliknya,
aku tahu dirimu ini insan yang baik,
perangai dirimu tidaklah teruk dipandanganku,
kerana diriku ini juga hamba yang hina tidak layak menilai mu,
jadi sebab itu diri ini berkata padamu cuba kita bermuhasabah diri,
in shaa Allah menemui jalanNya.


bagi saya, anda seorang yang sukar difahami, tetapi saya cuba untuk memahami anda dan membuat satu kesimpulan di pengakhirannya, dan saya akan mengetahui makna tersurat tersebut :)

seronok bila diri ini dapat mengenal erti sebuah pertemuan


sampai sini sahaja diri ini mampu bernukilan, 
kerana nak cerita semua sampai esok pun tidak habis,
jadi kita sambung bermonolog pada Tuhan Yang Esa :)

                    INNI AKHAFULLAH

in shaa Allah esok akan ku beritahu dirimu sebenar di padangan mata diriku ini ^^

Syukran Katheer ya Sohabat


andai ada salah silap terkasar bahasa harap dimaafkan :D
suatu hari nanti akan ku jawab pertanyaanmu


Rabu, 12 Ogos 2015

Warkah Cinta Berbau Syurga..





Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga


Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan 
takkan pernah tewas dengan kekerasan]


Cintaku ini...

Cinta High Class ? apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,
cintamu pada ku kerana Allahmu yang satu,
cintamu mujahadah menahan nafsu.
-Fatimah Syarha-

Isnin, 10 Ogos 2015

Monolog Qalbu



Dirimu persis tajuk lagu Sebuah Pertemuan



Terima kasih kerana pernah menjadi sahabat selama ini,
bagiku kenangan kita sering bersamamu sahabat takkan ku lupakan,
walaupun benda itu sekecil zarah sekalipun,
sebab itu andai aku berbicara adakalanya diriku ini serius ketika bercakap,
tapi andaimu lupa sahabat dalam kata2mu itu, hati ini adakalanya terkilan,
kerana diri ini rindu ingin berkongsi cerita seperti dahulu yang
 pertama kali kita bertemu dan kita mulai rapat mengenali hati budi masing2,
tetapi andai mu sahabat lupa apa yang pernah dikatakan tidak mengapa,
tapi hati ini rasanya tidak perlu bertanya padamu,
diri ini tak mampu berkata apa2,
hanya mampu simpan di dalam hati ini,
andai engkau hadir hanya untuk mencari sahabat ketika mu seorang diri,
payah ku ingin mengatakan sebagaimananya diri engkau yang sebenar,
hati ini adakalanya tertanya tanya benarkah dikau sahabat yang kutemui ?
adakalanya diriku ini seorang diri kerana terlintas sesuatu di fikiran,
diri ini sungguh bersyukur pada Illahi kerana telah menemukanku dengan seorang sahabat atau lebih dr sahabat yg istimewa bagiku,
kadangkala sahabat, engkau membuatkan aku tertanya tanya,
kerana diri engkau sebenar aku tidak mengenali sepenuhnya,
tapi aku hanya menganggap itu adalah tidak berapa penting,
yang penting keikhlasan kita dalam bersahabat.

kata2 terima kasih ini yang mampu ku ucapkan,
andai kita memang ditemukan lagi tahun hadpan semasa ambil keputusan,
ku ingin berkongsi pelbagai pengalaman yg pernah kita bersama di bangku sekolah.

andai peretemuan itu berakhir maka ku ucapkan terima kasih buat segalanya,
sama ada anda lupa segalanya yang pernah dikatakan , ku tidak mengharapkan apa2 balasan sekalipun.
bila dirimu sudah menyambung pengajian ke luar negara atau dimana2 IPTA harap anda dapat bertemu dengan org lebih baik dari diriku ini :)
andai diri ini tidak penting bagimu, ku doakan kejayaanmu dan kebahagian berjaya dunya Wa Akhirah.

Fi Hifzillah, jaga diri baik2 bittaufiq wannajah fil imtihan SPM
diri ini andai bersyukur dapat merasai sebuah pertemuan yang manis ini
layakkah diri ini meraih dirimu sahabat,
kerana anda sahabat yang sukar dicari. 
anda istimewa bagi saya ^_^
SYUKRAN KATHEER
“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..
Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki...Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”

Rabu, 5 Ogos 2015

Nukilan Seorang anak


Ayah,
Kami Rindu Ayah,
Hati ini tak mampu terkata,
Tatkala ayah meninggalkan kami,
Ayah pergi dengan senyuman yang tenang,
Ayah tidak pernah menyusahkan kami,
Ayah tidak pernah bagi kami risau,
Ayah sentiasa beri semangat tatkala kami gagal @ kecewa dalam suatu perkara,
Kerana bagi ayah ada rezeki lain yang Allah berikan,
Bagi ayah pada kami,
Ayah tidak pernah mengaharapkan anaknya berjaya wajib mesti dpt straight's A+,
Bagi ayah pada kami,
Ayah ingin kami menjadi seorang anak yang berjaya dunya wa akhirah,
Tak dapat A pun tak apa,
Asalkan anak ayah ni berakhlak hormat dengan semua orang, taat perintah Allah yang paling utama,
Kerana tidak ada orang pun yang sempurna kat dunia ni,
Allah telah tetapkan sesuatu yang baik bagi kita,

Terima kasih ayah 
😢

Walaupun adik tidak dapat nak tunjukkan sesuatu yang memang adik nak tunjukkan sekarang,
Kerana Allah telah tetapkan waktu dan tempat yg terbaik,

Allah tidak akan beri apa yang kita nak, Allah akan berikan apa yang kita perlu.
Esok genaplah 20tahun ulang tahun perkahwinan ibu dan arwah ayah.
Semoga ayah tenang di sana Allahumma Aamin 
😢
 .

Hampir 7 bulan ayah pergi,
Tahun ni adik spm,

Adik tak dapat nak minta doa dari ayah dan salam serta cium tgn ayah,
Bagi adik ayah adalah 1 dalam sejuta yang sukar ditemui kerana ayah istimewa bagi kami 
😊

Selasa, 21 Julai 2015

DamBa Kasih







Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu


Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan 
Itu yang ku dambakan 
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Khamis, 18 Jun 2015

Kehadiran Ramadhan yang sayu :')

ALLHAMDULILLAH 

  Menanti kehadiran Ramadhan umpama rindu dan kasih yang tak berkesudahan. Ia datang bertamu kembali pada mereka yang merinduinya.. menanti untuk menyayanginya.. menanti untuk berkasih dengannya.. menanti untuk bermadu mesra dengannya..
Kerna Cinta Ramadhan itu, tidak pernah luntur dan padam.. setianya kepada sekalian ummat, membuatkan hati ini terlalu rindu untuk kembali bertemu dengannya.. biar berkali jiwa Ramadhan di sakiti dan dicalari, ia tetap hadir dengan senyuman yang bersinar..
Cinta Ramadhan itu terlalu mendalam.. padamu Ramadhan, ada sesuatu cinta yang tersirat yang sukar untuk di ungkapkan.. Sampaikan salamku pada Ramadhan agar ia sentiasa mengingati, bahawa aku sentiasa menanti kehadirannya..  




Hati ini sayu pada tahun ini tanpa arwah ayah bersama keluarga, kerana hati ini teringat akan ayah yang sering balik ke rumah membeli pelbagai makanan utk anak2, pada malamnya ayah berterawih di surau serta menjadi imam dan bilal.. Suara nyaring arwah ayah yang dulu sering didengari di corong2 surau kini tidak kedengaran lagi 

hawa rindu akan ayah, kami rindu nak bertemu ayah di Akhirat sana... semoga pemergian ayah di rahmati... di bulan Ramadhan yang Mulia ini, kami teringat akan ayah yang kini rehat di alam Barzakh :') 
Kami doakan ayah.. TERIMA KASIH AYAH... ayah lah seorang lelaki yang baik serta susah nak di cari.. kerana ayahlah SATU DALAM SEJUTA DI DUNIA YANG KAMI SANGAT BERSYUKUR DAPAT SEORANG AYAH YANG SERING TEGAS DENGAN ANAKNYA DALAM mendidik BIDANG AGAMA mahupunb AKADEMIK..dan banyak menasihati anak perempuannya dan anak lelakinya...

Kata2 ayah yang sering terpahat di hati nur.. " TUNTULAH ILMU SEHINGGA NEGERI CHINA KERANA ILMU ITU AMAT LUAS DI PELUSUK DUNIA"
"ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH SESUATU KAUMNYA, MELAINKAN KAUMNYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA"
" JIKA BANYAK 'A' SEKALIPUN, JIKA TIDAK TAAT PERINTAH ALLAH, IBU BAPA DAN GURU SERTA AKHLAK BURUK PAYAH NAK BERJAYA DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT"

Kata2 ayah akan senantiasa terpahat di hati nur sampai bila2 :D
SEMOGA AYAH TENANG DI SANA DAN DIRAHMATI ALLAH ^_^
UHIBBUKUM FILLAH
YA Allah strenghen my IMAN , QOWIEY LILLAH



Khamis, 21 Mei 2015

Dialah seorang sahabat =]


biarlah gambar awan yg berbicara...

dah lama x berentri kat blog ni hmm... makin lama makin berhabuk bila tengok blog ni :D tak ada masa nak duduk depan lappyy ni lama2.. hari ni nur nak ceritakan kisah seorang sahabat yang nur kenal ^_^ sekejap je baru kenal sahabat sekolah baru hampir dua tahun juga la.. sbb pada hujung ni kami akan duduki SPM !!! 


nama dieee??? x perlu sebut rasanya.. hanya ingin berceritakan perwatakannya :)


pada mulanya kami hanya kenal di bus stop dan hanya berbual biasa thn lps.. xpi pd thn ni kami sering jumpa... lama kelamaan rapat sehingga kini ;p seronok berbual dengan die kerana die seorang yg suka berkongsi cerita dan tips.. mula semakin rapat dab kenal melalui program anak yatim, selepas arwah ayah meninggal :') die dipaksa cikgu utk pergi ke program tu sbb nak cukupkan tempat... dan dari situ lah kami kenal perangai masing2 dan mula rasa intim berkawan bersama.. dan itulah kenangan yg takkan dilupakan sampai bila2..


seronok kerana die suka menyampaikan ilmu dan berkongsi ilmu.. walaupun adakalanya die banyak songeh perangai mcm kanak2 tapi terasa diri ini terhibur dan seronok utk berkawan dgn die sampai bila2.. nak anggap die seperti adik pon rasa lain sebab die sebaya dengan kita.. kerana hati ini hanya Allah je yg tahu.. kerana dielah sahabat yg baik pernah kutemui


sampai sini sahaja cerita sebab banyak benda nak cerita xpi, tak boleh nak citer  semua sampai ke esok x abis ye :3


syukran SOHABAT.. uhibbuk fillah till Jannah.. terima kasih jadi sahabat yg baik, peneman, pendengar, penasihat, pemborak, pengajar, pelawak adakalanya punchline x masuk
Ukhwah till Jannah  kerana tahap kesabar seorang sahabt sukar untuk dicari.. 

Good luck spm... semoga berjaya duya wa akhirah dan menjadi anak soleh.. semoga jumpa di masa akn dtg in shaa Allah

Khamis, 18 September 2014

SPM ??

                                Bismillah, Alhamdulillah, assalamualaikum sahabat2 handai 



tahun depan nur dah nak SPM, macam tak percaya... cepat betul masa berlalu dari nur tadika belajar, sekolah bersama dengan abang, pegi dan balik ayah ambil dan hantar kami... tak sangka kami adik beradik dah besar... abang kini meningkat usia 18 tahun, saya 16 tahun.. lagi berapa tahun kami nak menjangkau ke alam dewasa dan mendalami ilmu alam pekerjaan.. pejam celik pejam celik,. abang dah mula sambung ke alam pengajiannya di KUIS ( Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) kadang2 terfikir juga lepas SPM nak buat Apa??? nak sambung belajar dekat mana...

  Nur ada terfikir nak sambung belajar agama... sebab nur rasa menyesal tak amik subjek b.arab time skola menengah.. perjalanan memang jauh kalo nak ulang balik subjek yg kita x amik time spm... xpi nur cerita dekat ibu nur... nur kata dekat ibu nak sambung amik agama semula lepas spm.. kebanyakan U kalo nak masuk subjek agama syaratnya mesti ada B A H A S A A R A B.. nur rasa menyesal x amik... xpi nur ade terjumpa kolej2 islam.. syaratnya longgar kalo nak masuk.. memang nak sgt ,asuk kolej islam sebab kita nak sambung amik agama balik... Nur cakap dekat ibu andai nur dapat keputusan yg baik dlm spm, byk A ke.. nur tetap nak masuk kolej islam.. tapi nur masih ragu2... masih tertanya2 dalam diri betulkah apa yang aku buat ni ?? nak belajar agama kena sanggup ikhlas kerana Allah.. bkn niat ke arah lain.. kadang2 terfikir bila nur nak pergi sambung belajar tempatnya agak jauh dari rumah... kesian kan ibu dan ayah..balik mesti sekali sekala.. x selalu balik.. abg pon pegi belajar.. macam terfikir siapa nak tolong ibu dan ayah.. ayah dan semakin meningkat usianya.. tapi ibu kata dekat nur nak belajar ilmu agama ibu izinkan.. rasa sebak hati bila berkata begitu.. sungguhnya ibu dan ayah rela anaknya belajar jauh utk mendalami ilmu agama.. Allahu :'(
ibu dan ayah kata dkt nur belajarlah setinggi mana tetapi jangan sampai lupa diri, sombong, angkuh.. tak ada milik kita semua ini milik Allah.. ibu dan ayah tak pernah minta apa2 dari kami, yang mereka hanya minta 4A taat pada Allah, Rasul, Ibu bapa, Guru... dan Menjadi ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH 


SEBAK HATI, SUBHANAALLAH.. SUNGGUH BANYAK PENGORBANAN SEORANG IBU DAN AYAH KEPADA ANAKNYA, tak terbalas jasa mereka Allahuakhbar.. mereka sanggup menghantar anaknya pergi belajar, keluarkan duit belanja,memberikan apa saja yg diminta oleh anaknya, melayan karenah kami,  berusaha mencari wang untuk kami Allahu...


SYUKRAN KATHEER UMI WA ABI  kerana menjaga nur dan abang ^_^



 ILMU perlu di cari bkn ilmu yg mencari kita.. nak sesuatu kena sanggup dan niat kerana Allah


Ahad, 14 September 2014

H I J R A H ????

 assalamualaikum wahai sahabat2 sekalian ^ _^



Hijrah ?
Ye ---- Korang kena percaya apa yang aku nak kata ni ,
Dulu , aku lahir-lahir , mak aku tak pakai kan lagi aku tudung .
Takde nya mak aku sarungkan tudung labuh kat kepala aku masa tu.
Aku tak nak kata bila aku start pakai tudung , tapi aku boleh kata aku bertudung labuh pun macam dah lewat sangat. Tapi bak kata omputih ; " better late than never "

Ye lah, baik lambat asal kau tak buat langsung. Rasa macam rugi tau tak kau tak dapat rasa macam apa yang orang rasa. At least kau mesti ada desire nak cuba . Macam aku. Last-last maintain je.
Pastu kan , aku mula kenal apa benda 'handsock' ni pun bukan time aku lahir. Aku kenal dari orang-orang keliling aku . Aku nampak cantik kan, pastu aku try lah pakai, rupanya tambah cantik pulak bila aku pakai, pastu aku keep wearing it until now.
Begitu juga dengan stokin . Jangan kata lah dulu aku selesa pakai stokin ni. Angin tak masuk dalam kaki kot. Tapi kan , aku rasa kalau tangan boleh aku cover, kenapa kaki tak kan ? So , ada akal , boleh pikir logik sikit .

Sekarang , aku tau hampa mesti kata nak ambik masa kan nak ubah semua tu. Haah memang , tapi cuba hampa pikir elok-elok , hampa dah lalui zaman jahiliyah hampa sejak kecik sampai kebesaq ( awat aku cakap lagu loghat utara ) , korang tak ada ke rasa nak berubah ? Kenapa nak maintain ? Korang tau tak , bila korang dah berubah dari logam ke emas selama beberapa tahun, agak-agaklah kan , korang nak ke kembali kepada bentuk logam tu ? Agak-agak nak tak ? Aku rasa semua tak nak kot sebab emas tu nilai dia tinggi kan ? Lagipun , duration korang berubah dari buruk ke baik tu pun ambik masa yang lama kan ? Tak kan nak sia-siakan pulak untuk kembali ke jalan jahiliyah .

hampa kena ingat ,
Kalau hampa2 semua nak maintain dengan zaman hampa yang sekarang ,
Hampa kena sedar benda tu akn bawa hampa pi syurga ke tidak. Sebab hampa sama je macam aku-- akan bangkit semula selepas mati.

Aku share mana yang patut, kalau baik korang telan . Kalau pahit , korang telan sambil tutup hidung.