Rabu, 10 Julai 2013

Sudahkah kita MENUTUP AURAT?

menutup aurat
menutup aurat
Sekarang ramai yang dah bertudung.
Baguslah.
Sebab dulu mereka tak nampak pun
apa kelebihan bertudung selain
kejumudan dan ekstrem dalam beragama.
 
Macam-macam fesyen dah ada sekarang ni kan?
Pilih je mana-mana fesyen yang kita mahu.
Bertudung bawal, bershawl, berHana Tajima..
Macam-macam la lagi. Tak tersebut.
 
Tapi..
Tapi.
Tapi harus diingatkan.
Apa sebab kalian bertudung sebenarnya?
Menyebabkan kalian berminat bertudung?
 
Okay, bagi contoh.
Rasa kita memang wajib menutup aurat?
ALLAH bagi hidayah?
Tertarik dengan fesyen tudung?
Ada orang suruh pakai tudung?
Rasa bertudung itu ohsem?
Sekarang musim bertudung?
Saja-saja?
Tak tahu?
 
Macam-macam jawapan kan.
Itu yang saya nak bagi pendapat.
Teguran sebenarnya.
Tak salah kan?
 
*Angkat tangan. PEACE!  :)
 
Saya tengok macam-macam jenis gaya orang bertudung.
Saya tak kisahlah apa jenis tudung tu.
Serius tak kisah.
Tapi yang saya kisah.
Bagaimana cara kalian menggayakan
cara pemakaian korang beserta tudung itu.
 
Ada yang bertudung, tapi tak tutup dada.
Ada yang bertudung, tapi pakai lengan pendek.
Ada yang bertudung, tapi berbonggol bagai.
Ada yang bertudung, tapi pakaiannya ketat.
Tu semua, adalah sama saja seperti

TIDAK MENUTUP AURAT, Faham?

 
Paling saya nak beri perhatian ialah.
Mereka yang bertudung tapi tidak memakai stokin.
Bagaimana tu?
 
Contoh,
Mereka sudah bertudung, tutup dada,lengan panjang,
pakaian longgar, tapi sayangnya tak pakai stokin.
 
menutup aurat
menutup aurat
Adakah kita semua tak tahu kaki tu juga adalah aurat?
Jadi, bagaimana kita boleh kata kita sudah menutup aurat
sedangkan banyak bahagian lain lagi yang tak tertutup.
 
Bukankah aurat wanita didepan bukan mahram itu didefinisikan sebagai
“TUTUP SEMUA BAHAGIAN TUBUH KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN”
 
Jelas?
Saya malas sebenarnya nak bagi ayat Al-Quran atau hadis Nabi berkenaan aurat kita sebagai wanita kerana sepatutnya kita dah tahu mencarinya, membaca, memikirkannya, dan menunaikannya sebagaimana kehendak ALLAH s.w.t.
 
Ayuh.
Tutuplah aurat dengan sebenar-benarnya.
 
Mahu jadi bidadari dunia?
Dan mungkin juga bidadari syurga?
Ayuhlah. Kita berubah. :)
.
 
# Artikel ini adalah kiriman sahabat kita untuk di kongsi bersama, oleh Nur Syazwina Nasarudin ( Blog / Facebook / Twitter ) . Semoga memberi kebaikan dan keberkatan bersama, Insyaallah =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan