Khamis, 18 Jun 2015

Kehadiran Ramadhan yang sayu :')

ALLHAMDULILLAH 

  Menanti kehadiran Ramadhan umpama rindu dan kasih yang tak berkesudahan. Ia datang bertamu kembali pada mereka yang merinduinya.. menanti untuk menyayanginya.. menanti untuk berkasih dengannya.. menanti untuk bermadu mesra dengannya..
Kerna Cinta Ramadhan itu, tidak pernah luntur dan padam.. setianya kepada sekalian ummat, membuatkan hati ini terlalu rindu untuk kembali bertemu dengannya.. biar berkali jiwa Ramadhan di sakiti dan dicalari, ia tetap hadir dengan senyuman yang bersinar..
Cinta Ramadhan itu terlalu mendalam.. padamu Ramadhan, ada sesuatu cinta yang tersirat yang sukar untuk di ungkapkan.. Sampaikan salamku pada Ramadhan agar ia sentiasa mengingati, bahawa aku sentiasa menanti kehadirannya..  




Hati ini sayu pada tahun ini tanpa arwah ayah bersama keluarga, kerana hati ini teringat akan ayah yang sering balik ke rumah membeli pelbagai makanan utk anak2, pada malamnya ayah berterawih di surau serta menjadi imam dan bilal.. Suara nyaring arwah ayah yang dulu sering didengari di corong2 surau kini tidak kedengaran lagi 

hawa rindu akan ayah, kami rindu nak bertemu ayah di Akhirat sana... semoga pemergian ayah di rahmati... di bulan Ramadhan yang Mulia ini, kami teringat akan ayah yang kini rehat di alam Barzakh :') 
Kami doakan ayah.. TERIMA KASIH AYAH... ayah lah seorang lelaki yang baik serta susah nak di cari.. kerana ayahlah SATU DALAM SEJUTA DI DUNIA YANG KAMI SANGAT BERSYUKUR DAPAT SEORANG AYAH YANG SERING TEGAS DENGAN ANAKNYA DALAM mendidik BIDANG AGAMA mahupunb AKADEMIK..dan banyak menasihati anak perempuannya dan anak lelakinya...

Kata2 ayah yang sering terpahat di hati nur.. " TUNTULAH ILMU SEHINGGA NEGERI CHINA KERANA ILMU ITU AMAT LUAS DI PELUSUK DUNIA"
"ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH SESUATU KAUMNYA, MELAINKAN KAUMNYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA"
" JIKA BANYAK 'A' SEKALIPUN, JIKA TIDAK TAAT PERINTAH ALLAH, IBU BAPA DAN GURU SERTA AKHLAK BURUK PAYAH NAK BERJAYA DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT"

Kata2 ayah akan senantiasa terpahat di hati nur sampai bila2 :D
SEMOGA AYAH TENANG DI SANA DAN DIRAHMATI ALLAH ^_^
UHIBBUKUM FILLAH
YA Allah strenghen my IMAN , QOWIEY LILLAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan