Rabu, 10 Julai 2013

CITA-CITA SAYA, KAHWIN!

Assalamualaikum warahmatullah

Artikel yang kedua di akuislam.com yang bertajuk, 'Cita - cita saya, kahwin!'. Artikel yang kedua ini bukan hanya tertumpu kepada kemahuan. Akan tetapi, cara kita memandang kepada sesebuah perkahwinan. 

(selamat membaca)

Saya mahu kahwin! Ia kemahuan saya, dan juga sifat kita. Sifat fitrah manusia yang inginkan hidup berpasang - pasangan. Lupakah kita, Nabi Adam a.s pun ada pasangannya, iaitu Siti Hawa. Begitu juga kita. Sekalipun tiada di dunia, insyaallah Allah SWT akan kurniakan kita pasangan di akhirat kelak. Pintalah dan percayalah.

Jika kita sudah bina kemahuan, usaha jangan dilupakan. Niat pula, mestilah fokus pada Tuhan. Itu cerita kemahuan. Cerita pemandangan, bagaimana?

Luas!

Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Contoh, lelaki yang berstatus 'married man' peranannya sangat besar. Bukan sahaja besar, tetapi cukup berperanan. Jika dia bersama isteri, dia perlu jadi seorang suami. Jika dia bersama anak, dia perlu jadi seorang bapa. Jika dia bersama cucu (akan datang), dia perlu jadi seorang datuk. Dan gaya pemikiran itu amatlah berlainan. Itulah sebahagian peranan seorang lelaki yang berstatus 'married man'.

Begitu juga, contoh dan idola kita iaitu Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bukan sahaja seorang suami, seorang bapa, dan seorang datuk. Ia lebih hebat daripada itu. Rasulullah SAW seorang pemimpin (pemerintah), seorang guru (murabbi), seorang kawan (sahabat), dan seorang kekasih (teladan). Begitu berperanannya Rasulullah SAW pada kita semua. Perlu kita mengikuti jejak langkah Rasulullah, walaupun payah.

Jadi, individu yang sudah berkahwin.. adalah individu yang hebat. Kerana umur semakin berusia, peranan pula semakin bertambah. Bagi yang ingin berkahwin, janganlah hanya pandang pada keseronokkan sahaja. Banyak perkara yang perlu belajar dan diajar.

Akhir kata, cita - cita saya bukan satu sahaja. Cita - cita saya banyak. Antara cita - cita saya ialah, kahwin!

Wallahu'alam bisawwab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan