Rabu, 10 Julai 2013

RAMADHAN KU KERANAMU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat pemimpian yang mulia, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, juga buat keluarganya, buat para sahabatnya, buat para pengikut sahabat, dan para umat Islam dari masa ke semasa sehinggalah ke pengakhirannya. InsyaAllah.

Kita sedang berada di fasa-fasa akhir syaaban. Dan seterusnya, kita akan berjumpa gerbang ramadhan. Tidak begitu lama. Hanya beberapa hari sahaja lagi. Yang pasti, hari-hari yang kita tempuhi itu sangat berharga. Jangan mudah untuk kita lupa. Jangan pula kita sia-siakannya. Kerana, umur kita tidak panjang sehinggakan kita boleh hidup beribu-ribu tahun. Ingatlah bahawa, kematian itu semakin hampir dan semakin mendekat. Maka, setiap kita perlukan bekalan yang baik untuk hari-hari kelak.

Umumnya, ramai yang mengetahui akan ramadan. Dan pengetahuan perihal ramadan itu berbeza-beza atas tiap insan. Kemampuan diri masing-masing. Cuma, sekalipun ia berbeza.. matlamat yang ingin digapai adalah keranaNya. Jadi, carilah titik persamaan pada setiap kita. Dan bukannya, perbezaan yang mengundang kerosakan. Biarpun bukan kerosakan material. Tetapi, sudah cukup parah jika ia mampu merosakkan jwa.

Ramadan tiba, adakah kita bahagia?

Hadis. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda; "Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan, pertama ialah ketika ia berbuka dan yang k'edua ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya."
(Diriwwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)-Mutiara Ihya' 'Ulumuddin.

Katakanlah pada sesiapa sahaja. Terutama sekali anak-anak kecil. Apabila tibanya waktu berbuka puasa, meski mereka suka. Bahkan, orang dewasa mahupun tua tiada beza. Seharian berpuasa, dan akhirnya berbuka.. seolah-olah kita diraikan. Kita dikurniakan nikmat. Ya, nikmat makan dan minum apabila berbuka puasa. Satu nikmat yang besar yang tidak semua insan dapat. Mungkin, ada insan yang tidak mampu makan sepertimana kita makan kerana mengalami sakit. Mungkin, ada insan yang tidak mampu makan sepertimana kita makan kerana pergolakan dunia. Mungkin, ada insan yang tidak mampu makan sepertimana kita makan kerana dizalimi oleh makhluk-makhluk yang sombong dan angkuh. Jadi, tiada alasan untuk kita tidak boleh bersyukur sekalipun nikmat yang kita dapat dan terima itu tidak gah seperti yang lain. Menghargai yang ada itu lebih utama berbanding yang tiada.

Seterusnya adalah bertemu dengan Tuhan. 

Ada yang mengatakan 'bertemu dengan Tuhannya' adalah mendirikan solat sunat tarawih. Benar, dan tidaklah menyalahi agama. Namun, bertemu dengan Tuhannya itu jauh lebih besar andai kita berusaha mengaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Oleh kerana itu, ada ulama yang membahagikan puasa dengan beberapa peringkat. Kerana, puasa tidak semata menahan diri daripada makan dan minum. Hakikatnya.

Jadi, apa yang kita jelas berkenaan 'bertemu dengan Tuhannya'?

Pada saya, ia adalah rasa berTuhan buat diri. Bukan sebab bulan ramadan. Tetapi, sepanjang hidup kita di bumi yang sementara ini. Oleh kerana itu, kadang kita terlalu menggila berkenaan malam lailatul qadar. Dan akibat daripada itu, kita hanya beribadah kerana keinginan hari istimewa itu dan paling menyedihkan kita bangkit pada saat-saat akhir. 

Bukan tidak boleh. Tetapi... tepuk dada tanya iman masing-masing. Jadi, apa kata kita mulakan balik perangai yang baik yang telah lama kita tinggalkan. Kita mulakan dari sifar. Kita bangkit dan mencari kekuatan melalui titian-titian istiqamah. Kita baiki selagi belum mati. Semuanya, kita lakukan demi niat itu. Mencari makna disebalik niat keranaNya.

Jadikan hari-hari kita seperti ramadhan.

Bekalan buat masa hadapan.

InsyaAllah ada keberkatan.

Lafazkan dan laksanakan, ramadhan ku keranaMu!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan