Isnin, 10 Ogos 2015

Monolog Qalbu



Dirimu persis tajuk lagu Sebuah Pertemuan



Terima kasih kerana pernah menjadi sahabat selama ini,
bagiku kenangan kita sering bersamamu sahabat takkan ku lupakan,
walaupun benda itu sekecil zarah sekalipun,
sebab itu andai aku berbicara adakalanya diriku ini serius ketika bercakap,
tapi andaimu lupa sahabat dalam kata2mu itu, hati ini adakalanya terkilan,
kerana diri ini rindu ingin berkongsi cerita seperti dahulu yang
 pertama kali kita bertemu dan kita mulai rapat mengenali hati budi masing2,
tetapi andai mu sahabat lupa apa yang pernah dikatakan tidak mengapa,
tapi hati ini rasanya tidak perlu bertanya padamu,
diri ini tak mampu berkata apa2,
hanya mampu simpan di dalam hati ini,
andai engkau hadir hanya untuk mencari sahabat ketika mu seorang diri,
payah ku ingin mengatakan sebagaimananya diri engkau yang sebenar,
hati ini adakalanya tertanya tanya benarkah dikau sahabat yang kutemui ?
adakalanya diriku ini seorang diri kerana terlintas sesuatu di fikiran,
diri ini sungguh bersyukur pada Illahi kerana telah menemukanku dengan seorang sahabat atau lebih dr sahabat yg istimewa bagiku,
kadangkala sahabat, engkau membuatkan aku tertanya tanya,
kerana diri engkau sebenar aku tidak mengenali sepenuhnya,
tapi aku hanya menganggap itu adalah tidak berapa penting,
yang penting keikhlasan kita dalam bersahabat.

kata2 terima kasih ini yang mampu ku ucapkan,
andai kita memang ditemukan lagi tahun hadpan semasa ambil keputusan,
ku ingin berkongsi pelbagai pengalaman yg pernah kita bersama di bangku sekolah.

andai peretemuan itu berakhir maka ku ucapkan terima kasih buat segalanya,
sama ada anda lupa segalanya yang pernah dikatakan , ku tidak mengharapkan apa2 balasan sekalipun.
bila dirimu sudah menyambung pengajian ke luar negara atau dimana2 IPTA harap anda dapat bertemu dengan org lebih baik dari diriku ini :)
andai diri ini tidak penting bagimu, ku doakan kejayaanmu dan kebahagian berjaya dunya Wa Akhirah.

Fi Hifzillah, jaga diri baik2 bittaufiq wannajah fil imtihan SPM
diri ini andai bersyukur dapat merasai sebuah pertemuan yang manis ini
layakkah diri ini meraih dirimu sahabat,
kerana anda sahabat yang sukar dicari. 
anda istimewa bagi saya ^_^
SYUKRAN KATHEER
“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..
Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki...Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan