Rabu, 5 Ogos 2015

Nukilan Seorang anak


Ayah,
Kami Rindu Ayah,
Hati ini tak mampu terkata,
Tatkala ayah meninggalkan kami,
Ayah pergi dengan senyuman yang tenang,
Ayah tidak pernah menyusahkan kami,
Ayah tidak pernah bagi kami risau,
Ayah sentiasa beri semangat tatkala kami gagal @ kecewa dalam suatu perkara,
Kerana bagi ayah ada rezeki lain yang Allah berikan,
Bagi ayah pada kami,
Ayah tidak pernah mengaharapkan anaknya berjaya wajib mesti dpt straight's A+,
Bagi ayah pada kami,
Ayah ingin kami menjadi seorang anak yang berjaya dunya wa akhirah,
Tak dapat A pun tak apa,
Asalkan anak ayah ni berakhlak hormat dengan semua orang, taat perintah Allah yang paling utama,
Kerana tidak ada orang pun yang sempurna kat dunia ni,
Allah telah tetapkan sesuatu yang baik bagi kita,

Terima kasih ayah 
😢

Walaupun adik tidak dapat nak tunjukkan sesuatu yang memang adik nak tunjukkan sekarang,
Kerana Allah telah tetapkan waktu dan tempat yg terbaik,

Allah tidak akan beri apa yang kita nak, Allah akan berikan apa yang kita perlu.
Esok genaplah 20tahun ulang tahun perkahwinan ibu dan arwah ayah.
Semoga ayah tenang di sana Allahumma Aamin 
😢
 .

Hampir 7 bulan ayah pergi,
Tahun ni adik spm,

Adik tak dapat nak minta doa dari ayah dan salam serta cium tgn ayah,
Bagi adik ayah adalah 1 dalam sejuta yang sukar ditemui kerana ayah istimewa bagi kami 
😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan