Rabu, 19 Ogos 2015

Terima dirimu seadanya ;)











aku terima dirimu seadanya, 
walaupun jika ada kekurangan di dalama dirimu,
kerana diri manusia ini tidaklah sesempurna mana di mata kita,
tetapi sempurna di mata Allah,
kerana Allah melihat kita bukan dari segi pakaian ataupun sesoleh @ sesolehah manapun.
kerana Allah melihat setiap hambaNya dari segi amal dan kebaikan yang dilakukan.


Sebuah pertemuan lagi pada hari ini, hari ini kami berbicara lagi,
si dia, yang menanyakan soalan itu pada diri ini, apabila diri ini menjawab pada si dia itu hanya luahan yang terpendam selama ini ingin ku bicara padamu, kerana diri ini sudah lama ingin berbincang tentang perkara itu,
diri ini adakalanya tunggu suatu penanti pada si dia yang ingi9n mulakan dulu pertanyaan itu,
terima kasih kerana tanya soalan itu,

tentang soalan itu, sebenarnya apa yang diri ini katakan padamu tadi hanya ingin mengetahui dirimu lebih mendalam, kerana diri ini sukar untuk memahami dirimu,
memang diri ini tidak mengenal dirimu sepenuhnya,
tetapi diriku ini ingin mengenali sepenuhnya,
diri ini rasa bersyukur dipertemukan denganmu,
sebenarnya anda sangat baik, dan diriku ini selesa berkawan dengan mu,
kerana andalah orang pertama yang paling rapat dan memahami diri ini sepenuhnya,

apa yang ku katakan petang tadi itu memang jujur apa yang diriku ini cakap padamu, 
tetapi diri ku ini tidak layak menilai dirimu, kerana yang lebih layak menilai dirimu ini ialah 
ALLAH YANG MAHA ESA 
kerana dialah pencipta Sekalian alam,

diri ini hanya nampak dari pandangan fizikal di hadapan mata saja,
diri ini tidak mengetahui diri engkau yang sebenar sebaliknya,
aku tahu dirimu ini insan yang baik,
perangai dirimu tidaklah teruk dipandanganku,
kerana diriku ini juga hamba yang hina tidak layak menilai mu,
jadi sebab itu diri ini berkata padamu cuba kita bermuhasabah diri,
in shaa Allah menemui jalanNya.


bagi saya, anda seorang yang sukar difahami, tetapi saya cuba untuk memahami anda dan membuat satu kesimpulan di pengakhirannya, dan saya akan mengetahui makna tersurat tersebut :)

seronok bila diri ini dapat mengenal erti sebuah pertemuan


sampai sini sahaja diri ini mampu bernukilan, 
kerana nak cerita semua sampai esok pun tidak habis,
jadi kita sambung bermonolog pada Tuhan Yang Esa :)

                    INNI AKHAFULLAH

in shaa Allah esok akan ku beritahu dirimu sebenar di padangan mata diriku ini ^^

Syukran Katheer ya Sohabat


andai ada salah silap terkasar bahasa harap dimaafkan :D
suatu hari nanti akan ku jawab pertanyaanmu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan